Thursday, June 25, 2009

Pusa=Tungau=Cat=KUCING



hehe...biar lambat asal selamat huhu

Kita akan kembali jua ke sana.....25JUNE09


24JUNE09...20.35pm saya text kak Nab, bertanya keadaan kak Lina (arwah di saat saya post kan catatan ini ke blog).Its more worst then yesterday..darah keluar dari rongga hidung dan telinga..

25JUNE09...07.20am text yang ringkas mengejutkan saya pada awal pagi semasa kalut menyiapkan markah pada buku rekod kemajuan pelajar bertambah debar bila melihat "1 message recieved" tertera nama Kak Nab : "salam semua,kak Lina meninggal dunia" (sending option to many)...Buat kesekian kali saya bertanya kepada diri saya..jika saya diberi pilihan untuk berusaha dan pasrah? Antara kemoterapi atau hanya menunggu saat (yang hanya Allah tentukan hidup dan ajal...)saya tidak tahu jawapannya..

Tetapi .... saya optimist mengatakan pilihan arwah...dia BERUSAHA tanpa sedikit pun berputus harap,dia bersungguh-sungguh menghabiskan sisa saat-saat akhirnya dalam pengajian di UMS tanpa menunjukkan hilangnya semangat untuk meneruskan pengajian..



Al Fatihah dan Doa untuk almarhumah Puan Lee Chin Mee@Lina Jalil.....(MEI05 - JUN09)
http://ht18plums.com/?page_id=97

Tuesday, June 23, 2009

22JUN09 KGAU-KK QUEEN Hosp.

Tepat jam 1415pm saya dan kak Nab bergegas ke KK tujuan utama ke Queen Hospital. Sepanjang perjalanan terasa sungguh sebak yang tertahan di dalam perasaan. Bagi saya DIA seorang kawan yang sangat baik so helpful (tidak pernah berkira), so hardworking, penuh semangat and so lovely too.

Takdir Allah tiada saiapa yang akan tahu bila,apa,bagaimana,kenapa sesuatu ujian itu diberikan. Bukan sekadar menyedapkan hati tapi saya memang yakin ujian itu kasih sayang Allah..cuma manusia memang lemah mentafsir makrifat dan hikmah disebalik semua sapaan Allah.

BerEMPATI dengan keadaan orang lain memang sangat sukar, terfikir juga ...adakah mampu dihadapi jika ujian sperti itu menimpa diri sendiri.

KAK LINA @ LEE CHIN MEE, kawan sekuliah LUAR KAMPUS UMS KK sesi 2005-2009,sedang tenat bertarung dengan kemoterapi kanser darah bagi level yang paling kuat, terbaring di atas katil wad Akut dengan rasanya saya hampir tidak mengenali dia. Perubahan fizikal dan dengan ventilator serta beberapa hos yang bersilang di sana sini.

Dengan doa memohon segala yang terbaik buat dia dan keluarganya..mohon juga mereka diberi ketabahan ( Allah sangat menyayangi mereka dengan ujian seperti itu )

Jam 515pm saya dan kak Nab bergerak balik dan sampai pada jam 750pm di Keningau...hanya ziarah dan doa yang mampu kami usaha.

23JUN09 jam 6pm ..saya menghubungi lagi Kak Nab bertanya berita.,dikhabarkan keadaan become more worst..

so speechless....